haneul parlour
Selasa, 23 Julai 2013
[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh..
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
ini harapan saya pada semua wanita islam diluar sana..
di harap, raya nanti, bagi para wanita, jangan lah nipis pakaian kamu, dan jangan pula terlalu ketat. tudung tu tutup lah dada.lebihkan tudung tu..pastikan beli tudung raya tu bawah dada. nak buat apa tunjuk dada kita pada orang lain. seharusnya itulah anggota badan yang WAJIB di tutup. dan jaga lah ikhtilat ketika raya nanti. jangan duk ikut dan je SALAM TANGAN dengan sesiapa saje.... jangan jadi MURAH sangat dengan nak hulur tangan dan sambut salam dengan lelaki bukan mahram kamu.. pesanan dari penaja ......
Niat..
istri : abg , cantik tak purdah
ni..?
suami :cantik syg..
istri : boleh tak kalau syg nak
beli..
suami : boleh ,tapi dengan
syarat pakai dalam rumah
jew..
istri : ha..?kenapa pakai dalam
rumah jew..kan syg
berpurdah,jadi kat luar pun syg
boleh pakai kan..
suami : memang la~ tapi syg
cuba tengok warna purdah
yang syg pilih tu,warna terang
benderang,bermanik sana sini..
dan tak dapat manfaat apa2
pun nak melawa kat luar
sana..betul kan niat syg
sekarang..
istri : hmm..baik abg~~
-Khairiah Amanie-
ni..?
suami :cantik syg..
istri : boleh tak kalau syg nak
beli..
suami : boleh ,tapi dengan
syarat pakai dalam rumah
jew..
istri : ha..?kenapa pakai dalam
rumah jew..kan syg
berpurdah,jadi kat luar pun syg
boleh pakai kan..
suami : memang la~ tapi syg
cuba tengok warna purdah
yang syg pilih tu,warna terang
benderang,bermanik sana sini..
dan tak dapat manfaat apa2
pun nak melawa kat luar
sana..betul kan niat syg
sekarang..
istri : hmm..baik abg~~
-Khairiah Amanie-
Wahai Wanita..
Orang perempuan pakai pakaian ketat hingga berbentuk tubuhnya, yang mendedahkan rambut, yang menipiskan pakaian, dan mereka (lelaki+perempuan) yang mendedahkan aurat di siang hari bulan Ramadhan dan di depan ajnabi, maka dia hanya dapat lapar dan dahaga sahaja kerana Allah tak memerlukan puasanya, Allah tak mahu beri pahala dan tak berkehendak pun kepada mereka yang terang-terangan ingkar.
"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta (maksiat) dan mengerjakannya, serta perkara jahil (maksiat), maka Allah tidak perlukan dari perbuatannya meninggalkan makan dan minumnya (puasa)."
"Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian (pahala) dari puasanya melainkan lapar dan dahaga saja."
Moga Ramadhan ini menjadi titik permulaan hijrah buat mereka yg masih lalai. Moga ada hidayah buat kami semua.
"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta (maksiat) dan mengerjakannya, serta perkara jahil (maksiat), maka Allah tidak perlukan dari perbuatannya meninggalkan makan dan minumnya (puasa)."
"Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan bahagian (pahala) dari puasanya melainkan lapar dan dahaga saja."
Moga Ramadhan ini menjadi titik permulaan hijrah buat mereka yg masih lalai. Moga ada hidayah buat kami semua.
Dendam
"Dendam adalah satu penyakit. Ia akan merosak diri sendiri sebelum orang lain. Memaafkan akan mengeluarkan penyakit ini dari hati kita. Ia akan menyembuhkan diri kita sebelum orang lain. Maafkan lah kejahatan dan kesalahan orang lain, hidup anda akan lebih sihat dan nikmat."
- Ustaz Umar Muhammad Noor
- Ustaz Umar Muhammad Noor
ingatan bersama
Orang Islam terutamanya wanita tidak perlu terhegeh-hegeh masuk pertandingan ratu cantik, miss world, contest suruh orang like gambar sendiri then menang hadiah, contest siapa paling cantik, tudung paling stailista dan hijabista gadis semasa, vlogger tutorial tudung paling top, blogger paling meletop fesyennya dan sepertinya.
Sepatutnya berlumba-lumba masuk contest Miss Jannah (Syurga). Tu lagi World. Dunia wal Akhirah tu. Berkejaran menjadi wanita paling tinggi al-Haya'(malu)nya. Terhegeh-hegeh nak jadi solehah. Terhegeh-hegeh nak sorok dirinya dari jadi bahan publisiti dunia sebab nak dipublisitikan di akhirat oleh Allah sendiri.
Hidup ini kan pertandingan; Pertandingan siapa paling berjaya selamatkan keluarganya dari api neraka. Pertandingan siapa yang lulus masuk ke Syurga.
Sepatutnya berlumba-lumba masuk contest Miss Jannah (Syurga). Tu lagi World. Dunia wal Akhirah tu. Berkejaran menjadi wanita paling tinggi al-Haya'(malu)nya. Terhegeh-hegeh nak jadi solehah. Terhegeh-hegeh nak sorok dirinya dari jadi bahan publisiti dunia sebab nak dipublisitikan di akhirat oleh Allah sendiri.
Hidup ini kan pertandingan; Pertandingan siapa paling berjaya selamatkan keluarganya dari api neraka. Pertandingan siapa yang lulus masuk ke Syurga.
Langgan:
Catatan (Atom)